Selamat Datang

Selamat datang di website SimpulDemokrasi. Dalam Situs ini anda dapat menyimak informasi-informasi terbaru tentang Demokrasi di Indonesia. Selain itu komentar, opini maupun analisis tentang topik demokrasi dan penguatan simpul demokrasi juga dapat anda simak, termasuk info-info aktual terkait topik demokrasi negeri ini. Anda bisa berpartisipasi menyemarakkannya disini.
Google

Minggu, 09 September 2007

Soekarno


SOEKARNO
Jawatan
Presiden Indonesia pertama
Tempoh khidmat
18 Ogos 194512 Mac 1967
Timbalan
Mohammad Hatta
Menurut
-
Pengganti
Suharto
Parti politik
Parti Nasional Indonesia
Tarikh lahir
6 Jun 1901
Tempat lahir
Blitar, Jawa Timur
Tarikh kematian
21 Jun 1970
Pekerjaan
Ahli politik
Agama
Islam
Pasangan
Fatmawati (salah satu)
Sukarno (6 Jun 1901 - 21 Jun 1970) adalah Presiden Indonesia yang pertama (dari 1945 ke 1967). Beliau memainkan peranan penting dalam membantu negaranya mencapai kemerdekaan daripada Belanda.
Sukarno juga dikenali sebagai Ahmed Sukarno atau Soekarno. Rakyat Indonesia sering menggelarnya Bung Karno.
Jadual isi kandungan[sorok]
1 Latar belakang
2 Perjuangan untuk kemerdekaan
3 Perang Dunia II – Pendudukan Jepun
4 Kemerdekaan awal, Pancasila
5 'Demokrasi Terpimpin', dan Autokrasi yang meningkat
6 Penggulingan Sukarno
7 Lihat juga
8 Rujukan


[Sunting] Latar belakang
Sukarno dilahirkan di Surabaya dalam sebuah keluarga bangsawan (ayahnya berasal daripada Jawa dan ibunya daripada Bali). Beliau menerima pendidikan awal dari sebuah sekolah berbahasa Belanda. Apabila Sukarno berada di peringkat sekolah menengah beliau bertemu dengan Tjokroaminoto, seorang teman yang akan menjadi nasionalis Indonesia pada masa akan datang. Pada tahun 1921, Sukarno melanjutkan pelajarannya di ‘’Technische Hoogeschool’’ di Bandung.
Sukarno fasih dalam beberapa bahasa terutama sekali Bahasa Belanda.

[Sunting] Perjuangan untuk kemerdekaan
Sukarno merupakan ketua sebuah pergerakan kemerdekaan Indonesia, Partai Nasional Indonesia yang diasaskan pada tahun 1927. Beliau ditahan oleh pihak penjajah Belanda dan dikenakan hukuman penjara selama dua tahun. Apabila beliau dilepaskan, beliau menjadi amat popular. Pada tahun 1930an, beliau dipenjara beberapa kali oleh kerajaan kolonial.

[Sunting] Perang Dunia II – Pendudukan Jepun
Sewaktu Perang Dunia II, walaupun Sukarno bekerjasama dengan penguasa Jepun, beliau sering meminta kemerdekaan Indonesia daripada mereka. Pada Julai 1942, Sukarno dilantik oleh Jepun untuk menjadi ketua negara jajahan mereka. Beliau juga mengetuai Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI), sebuah jawatankuasa kelolaan Jepun untuk menyiapkan Indonesia untuk kemerdekaan.

[Sunting] Kemerdekaan awal, Pancasila
Setelah Jepun tewas di Perang Dunia II, Sukarno dan Mohammad Hatta mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945. Lihat: Proklamasi
Visi Sukarno untuk perlembagaan Indonesian 1945 merangkumi Panca Sila. (Sanskrit - lima tiang). Falsafah politik Sukarno berlandaskan (tanpa sebarang aturan) unsur Marxism, Demokrasi dan Islam. Ini terbayang dalam Panca Sila, dalam bentuk yang dijelaskan oleh beliau pada ucapan 1 Jun 19451:
Kebangsaan (nasionalisme)
Kemanusiaan
Kerakyatan (demokrasi)
Keadilan Sosial
Percaya kepada Tuhan
Parlimen Indonesia, diasaskan di atas dasar perlembagaan asal (dan perubahan berikutnya), terbukti tidak dapat dikendalikan. Ini disebabkan perbezaan yang tidak dapat diselesaikan antara pelbagai sosial, politik, agama, dan puak berlainan2.
Dalam kekacauan antara pelbagai pihak dan cubaan Belanda untuk mengekalkan kawalan kolonial, tentera Belanda menawan Sukarno pada Disember 1948, tetapi terpaksa membebaskan beliau selepas gencatan senjata (ceasefire). Beliau kembali ke Jakarta pada Disember 28 1949.
Terdapat beberapa cubaan rampasan kuasa tentera terhadap Sukarno pada tahun 1956.
Dalam menegakkan orde (order), Sukarno mencanangkan apa yang disebut Demokrasi Terpimpin, di mana beliau secara bertahap mendapatkan semakin banyak kekuasaan eksekutif sementara tetap mempertahankan sebuah parlimen multi parti.

[Sunting] 'Demokrasi Terpimpin', dan Autokrasi yang meningkat
Pada akhir masa jabatannya, Sukarno semakin bergantung kepada sokongan tentera dan PKI - Parti Komunis Indonesia.
Pada 30 November 1957, berlaku serangan bom tangan terhadap Sukarno ketika dia melawat sekolah di Jakarta. Enam kanak-kanak terbunuh dan Sukarno mengalami cedera parah. Pada Februari dia mula bertindak terhadap pemberontak PRRI (Pemerintah Revolusioner Republik Indonesia) di Bukittingi.
Pada tahun-tahun berikutnya, beliau menguatkuasakan kawalan kerajaan terhadap penerbitan buku dan media dan menekan penduduk etnik Cina. Pada 5 Julai 1959 dia menubuhkan semula perlembagaan 1945, membubarkan Parlimen, membentuknya kepada yang disukainya dan memegang kuasa penuh sebagai Perdana Menteri. Beliau menggelar sistemnya sebagai kerajaan-melalui-perintah Manifesto Politik atau Manipol. Beliau membuang daerah semua penentang politiknya.
Pada tahun 50-an, beliau mendekatkan Indonesia dengan Komunis China Communist China yang akhirnya menjemput lebih ramai komunis Communists dalam kerajaannya. Pada masa yang sama, beliau juga memperoleh bantuan ketenteraan daripada Soviet.
Pada 1962 Sukarno ordered raids to West Irian (Dutch New Guinea). There were more assassination attempts when he visited Sulawesi in 1962. West Irian was brought under Indonesian authority in May 1963 under the Bunker Plan. In the same year in July Sukarno had himself proclaimed President for Life.
Sukarno juga menentang penubuhan Malaysia yang disokong oleh British, dengan mendakwa bahawa ia merupakan "plot kolonial baru (neo-colonial plot)" untuk memelihara kepentingan British. In spite of his political overtures, Malaysia was proclaimed in September 1963. Ini mendorong kepada Konfrantasi Indonesian dan berakhirnya bantuan ketenteraan Amerika Syarikat kepada Indonesia. Sukarno withdrew Indonesia from the UN Security Council in 1965 and Malaysia took the seat. Sukarno also became increasingly ill and collapsed in public in August 9, 1965. He was secretly diagnosed with a kidney disease.

[Sunting] Penggulingan Sukarno
Pada pagi 1 Oktober 1965, sebilangan daripada pengawal Sukarno yang paling rapat menculik dan membunuh enam orang jeneral anti komunis. Orang tunggal yang selamat ialah Leftenan Jeneral Suharto. Krisis ini mencetuskan tindakan keras terhadap parti komunis, dan sehingga setengah juta orang "tersangka komunis" (kebanyakannya petani) dibunuh dalam panik anti komunis itu. Genggaman kuasa Sukarno diperlemah oleh krisis ini, dan akhirnya, Leftenan Jeneral Suharto yang pro-Amerika memaksakan beliau menyerahkan kuasa eksekutifnya pada 11 Mac 1966.
Terdapatnya banyak tekaan tentang siapa yang mencetuskan krisis yang menyebabkan penggulingan Sukarno. Ada yang mendakwa bahawa PKI mengarahkan pembunuhan keenam-enam jeneral itu, ada yang mengatakan Sukarno sendiri berbuat demikian, dan ada yang berpendapat bahawa Suharto yang merancangkan pembunuhan itu untuk menghapuskan pesaing-pesaing yang berpotensi untuk jawatan presiden2. Terdapat juga dakwaan bahawa Sukarno digulingkan oleh Amerika Syarikat disebabkan nasionalisme dan dasar berkecualinya.
Parlimen Indonesia melucutkan jawatan Sukarno pada 12 Mac 1967, dan beliau kemudiannya ditahan di rumah sehingga kematiannya pada 1970 sewaktu berusia 69 tahun. Megawati Sukarnoputri, bekas presiden Indonesia, adalah anak Sukarno.

0 Comments:

Word of the Day

Article of the Day

This Day in History

Today's Birthday

In the News